Sunday, 11 February 2018

Cara untuk membuat skrol UiTM baru.

Susahnya cari masa nak update blog ni pun. Mood tu penting. Musim panas pulak tu sekarang. Okay proceed.

Haaa skrol diploma UiTM aku hilang. Ntah bila hilang pun aku tak perasan. Selalu duk photostat transkrip je. Bila nak pakai duit kwsp akaun no 2 bayar ptptn baru cuak. Dorang nak tengok skrol diploma. Ahh sudahhh. Bila dah cuak mula lah aku meng google tanya orang sana sini. Tapi maklumlah masalah orang bukan nak sama. Timeline pun berbeza. Harga yang dulu bukan harga yang sekarang. Hakimi konfiden je cakap dia bayar sepuluh hengget je skrol dia hilang. Senang hati aku sebab aku ada baca kena bayar seratus. Haaa yang mana yang betul. So aku decide terjah ke UiTM Shah Alam terus.

Gigih lah parking depan kolej seroja menapak naik tangga. Perghhhhh tangga tu nostalgia. Menguji stamina betul. Aku dahlah extra large. Memang nak suruh aku menjalani hidup sihat UiTM ni.

Aku pun menapak sampai jumpa pejabat pos dan naik tangga depan pejabat pos tu. Jumpa ofis untuk claim skrol. Mostly untuk orang tak pergi konvo. Masuk je amik nombor, tunggu sekejap and nombor aku dipanggil. Ana and afnan tunggu luar. Aku pun sopan je lah masuk since buat salah kan. Makcik tu pun macam biasalah ayat sama macam afnan. Nasib baik semua nya melekat, kalau tak sure hilang jugak. Hahahaha anis is so clumsy tau. Kena control sikit since makcik tu dah warning ni last aku boleh buat skrol baru. Lepas ni dah tak boleh.

Dia suruh aku amik borang merah tepi tu. Isi, bayar SERATUS RINGGIT MALAYSIA dekat pejabat bendahari, cop pesuruhjaya sumpah. Dah pulakkkkk. Celah mana nak cari then pakcik bendahari tu cakap dekat PKNS tingkat dua. Kami pun pegi lah dengan sesat nak parking tak tahu kat mana. Maklumlah sebelum ni naik bas je. Tanya orang jugaklah mana ofisnya. Afnan cakap lima puluh hengget pulak nak bayar pesuruhjaya sumpah. Aku pun dah menyumpah dalam hati. Bapak mahal! Tapi nak buat macam mana. Sampai je pejabat tu, dah tulis tak boleh isi borang dalam pejabat tu. So aku pun isi kat luar then makcik tu suruh masuk. Dia cop apa semua. Dia cakap kena bayar EMPAT RINGGIT MALAYSIA je. Selamat duit nak makan Wong Solo akuuu. Phewwwww duit denda hilang skrol je nangis. Hampehh punya Hakimi harga zaman bila dia bagi aku.

Lepastu pergi balik UiTM. Kalini parking dekat area dewan sri budiman tu. Tak kuasa dah nak panjat tangga menjalani hidup sihat. Hantar borang tu dengan salinan IC semua then dia cakap dalam masa lima hari bekerja datang amik. Kena amik sendiri. Kalau nak orang amikkan, kena print borang wakilkan orang from website. Aku tak buat lagi pun. So just nak pesan, jaga barang anda baik baik sebab bukan semua benda melekat. Okaybai.

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah, Tingkat 2, PKNS

Pejabat Bendahari. Pakcik tu sangat helpful. 

64 comments:

  1. Salam hi nak tnye. Nak apply skrol baru ni means total rm 4 je la ye? Maaf sye pon ade problem yg same.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Sorry lambat reply.

      RM100 denda sebab hilangkan skrol 😥
      RM4 charge Pesuruhjaya sumpah

      So semua RM104.00

      Mahal kan?

      Delete
    2. thank you for the entry! i nak apply jugak skrol ni, nak cari kerja lain tak dpt takde sijil ni kan.

      Delete
    3. Most welcome! Yaaa susah sikit nak apply keje takde skrol. Nak salinan skrol lah apalah. Hee good luck awak!

      Delete
    4. Baru apply guna on9..denda hilang bayar 10rgt je..

      Delete
    5. Macam mana nak apply online? Boleh kasi link tak?

      Delete
  2. Thanks ya...esok baru nk p apply scroll baru.

    ReplyDelete
  3. Salam. Ade contact no pegawai utk dihubungi. Mmg kene walk in ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Ada list directory haritu tapi dah hilang. Boleh google directory bahagian konvo rasanya. Sebab pegawai dia ikut course. Awak course apa tuuu?

      Delete
  4. kalau mohon by email or call boleh x? sebab x duk area shah alam/selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. I wish boleh tapi sadly tak boleh. Kena isi borang lah apalah. So memang kena pergi uitm shah alam jugak. I pun duduk Taiping, Perak so keterpaksaan jugaklah demi sekeping skrol.

      Delete
  5. Awak.. Nk tnye skrol awk siap dlm mse brape hari? Lebih seminggu ke? Urgent ni nk guna skrol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam seminggu je dah siap tapi dia takkan inform you balik. You kena dorang balik and make sure dah siap. Then boleh pick up dah. Tak boleh post. I suruh kawan I amik and postkan. Tak mampu nak ulang alik dah. Hee

      Delete
  6. Macam mana nak isi borang skrol gantian di bahagian akuan berkanun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borangnya memang ada dekat office uitm shah alam je. Then kena bayar denda and whatnot. Step seperti di atas lah. Takde borang online. Sadisss

      Delete
  7. Mcmmane ah kalau kite ni jauh dekat swak, pastu nak apply balik sijil diploma and nak ambik borg tu kat uitm shah alam? Boleh minta wakil ke buatkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa tak boleh sebab ada prosedur nak no id then ic copy lah might need you to be there untuk cop pesuruhjaya sumpah and all. Tapi kalau nak ambil skrol tu nanti boleh wakilkan orang cuma kena buat surat mengatakan awak wakilkan orang untuk ambil. Sorry. Hope that this might help you a bit.

      Delete
  8. Kalau belajar kt uitm penang mmg kena minta kt uitm shah alam jgak k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amir. Rasanya boleh je minta dekat UiTM Penang :)

      Delete
    2. Sijil? Sijil yang skrol tu or sijil sijil biasa?

      Delete
    3. Saya hilang yg skroll dgn transkrip sekali..

      Delete
    4. Ohh haaaa. Kena pergi UiTM Shah alam juga. Semua kena buat dekat sana. Skroll charged RM100. Transkrip murah sikit tapi tak tahu berapa. Nanti terus pergi bahagian konvo dekat Bangunan SAAS. They will help you :)

      Delete
    5. Ok terima kasih atas maklumatnya:)

      Delete
    6. Thank you for stopping by. Please share this blog post if boleh tolong orang lain jugak :)

      Delete
  9. Salam. Saya nak tanya. Dulu tahun 2015 saya xpegi konvo sampai skang xambik sijil diploma. Saya convo dkt uitm lendu. Kalau nak buat tuntutan kene pegi uitm lendu jugak ke atau bole pegi uitm shah alam? Ni bkn hilang. 1st time nak ambik sijil dio

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.Tak silap saya UiTM Lendu should be simpan skrol awak tapi tak pasti dia simpan berapa tahun. Better call UiTM Lendu directly and ask. Sorry tau lambat reply.

      Delete
  10. Salam nak tanya.. sebelum bayar tu ada ke kena call untuk generate bill dlu ke apa? Ke terus bayar dekat pej bendahari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. terus je bayar dekat pejabat bendahari :)

      Delete
  11. Hi anis. Dulu i study uitm kelantan and konvo kat uitn shah alam. Skroll dah hilang, masa pindah rumah dulu. Nanti terus pegi buat skrol baru kat shah alam ke ? Thank you in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Suzy, ye kena buat skrol baru di UiTM Shah Alam.

      Delete
  12. Salam awak..kalau untuk yang hilang transkripsi degree pun sama step jugak ke dengan skrol ni? 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ye sama je cuma bayaran je rasanya lain. Lagi murah kot. Yang pastinya kena pergi UiTM Shah Alam jugak.

      Delete
  13. Salam hi awk nak tanya. Isi borang kuning lepastu bayar ke bendahari terus ke? Kalau cop pesuruhajaya dulu baru bayar dkt bendahari boleh ke? Hehe maaf banyak soalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Hi. Kena bayar to bendahari dulu baru cop pesuruhjaya sumpah. Its okay. It is my pleasure to help :)

      Delete
  14. Salam... dik, akak berpandukan blog awak ni untuk ambik skrol. tenkiu, helpful sgt. Cuma..td akak pergi dah lewat so ofis dah nak tutup. Akak nak tanya, awak g pejabat bendahari zon 16 sebelah perpustakaan tu ke? akak g pejabat bendahari kat bawah tu dia kata kena gi zon 16. maybe lusa pegi lagi sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Terharunyaaaaa boleh tolong orang. Ye bangunan saas sebelah ptar tu. Akak dah pergi ke belum? Nanti update sini lagi tau.

      Delete
  15. Salam, nak tnya..ada specific smpai berapa tahun je boleh claim blik skrol tu? Mcm after 5years dah xboleh claim or 10/15 tahun pon boleh je, tq so much in advance..sgt helpful awak punya post ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Sy rasa boleh je claim skrol tu even dah berapa tahun pun since ada data. Jangan risau okay? Kita usaha dulu. Hee boleh terus pergi kaunter dekat SAAS tu. Thank you so much for the compliment. I will try to help as much as I can.

      Delete
  16. tq for the info..nak sambung belajar kat Uni lain je pon ni.. xpasai kene Rm104..aduh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome Axrin! What to dooo... Asalkan dapat sambung belajar. Hee

      Delete
  17. Salam , nak tny. Saya bljar kat ypj tp mmg under uitm. Convo pn kat uitm shah alam. Transkrip hilang, boleh juga ke minta at uitm shah alam ? *sory ayat belit² haha*

    ReplyDelete
  18. Wassalam. Boleh Atirah. Asalkan UiTM memang semua refer dekat UiTM Shah Alam tapi transkrip denda murah sikit lah.

    ReplyDelete
  19. salam, awak dapat sijil y mcm ori atau surat pengesahan je ye ?

    ReplyDelete
  20. salam, awak dapat sijil y mcm ori atau surat pengesahan je ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fieza, dapat yang ori. Thats why kot kena bayar mahal :)

      Delete
  21. awak kalau kite mmg dah xingt nk pelajar semua mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Rasanya boleh tengok balik if ada email email hantar assignment dulu sure ada no id student kan. Hee suggestion je tau. Untuk student 2012 pun boleh je dapat.

      Delete
  22. no pelajar semua..sory typo..utk student 2012 boleh dpt ke?

    ReplyDelete
  23. Salam... saya mengalami masalah yg sama baru sedar Diploma saya hilang juga... soalnya saya dari zaman ITM... adakah salinan skrol tuh sama macam yg dulu? atau ikut UiTM yg baru ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kalau daripada ITM which mean agak lama. Minta maaf sangat sangat tapi sy tak pasti. Boleh call UiTM terus untuk tanya. Better tanya bahagian convocation. Minta maaf sekali lagi tak dapat tolong banyak.

      Delete
  24. Memang kena ada nombor so kena cari balik jugak. Ye student 2012 pun boleh dapat. Sy student 2010 pun boleh dapat :)

    ReplyDelete
  25. Mmg semua kena... berurusan dengan uitm shah alam ker walaupun konvo kat uitm segamat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. kena berurusan dengan uitm shah alam juga. saya konvo di uitm seri iskandar dulu tapi still refer uitm shah alam juga.

      Delete
  26. hi sis, sy nak tanya, berkenaan dengan pesuruh jaya sumpah tu, boleh pegi mana2 je ya? office dia just masuk bagitahu nak buat pengesahan skrol gantian je ke? takut nnti diorang tak thu apa2 pulk pasal pengesahan tu.. mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. ye office pesuruhjaya sumpah mana mana pun boleh. just bagi je all the document yang kena sign. They know already. hee

      ReplyDelete

      Delete
  27. Berapa lama ye masa nak dapatkan skrol yg baru?

    ReplyDelete
  28. Salam kena tau no id pelajar ke? Mana lah nak ingat. Kalau tak ingat tak boleh dpt skrol?

    ReplyDelete
  29. Salinan ic perlukan pengesahan tak ?

    ReplyDelete
  30. Salam ade x kawan2 anis yg nama di transcript xsama dengan nama di ic conth: mohd bin muhd kadir tapi kt transcript tu mohd bin kadir je dorg tertinggal muhd disitu, klau tahu boleh bgtau x ape procedure die

    ReplyDelete
  31. Salam ade x kawan2 anis yg nama di transcript xsama dengan nama di ic conth: mohd bin muhd kadir tapi kt transcript tu mohd bin kadir je dorg tertinggal muhd disitu, klau tahu boleh bgtau x ape procedure die

    ReplyDelete