Saturday, 14 October 2017

Movie Review : Tombiruo

Hi Dearies,

You got to believe that this is my very first time reviewing a movie! Sebenarnya tak reti sangat pun so don't expect ayat jargon movie critics.

Kalini mak ikut pegi tengok wayang. Yeayy!!! Dah lama mak tak tengok wayang after a few years. Haaa last katanya Karate Kids. Okay berbalik kepada review.



Tombiruo Penunggu Rimba ni menarik sebab dia ada kisah hero lagenda. Ada sedikit mistik dan misteri nusantara. First impression tengok banner Tombiruo expect tengok cerita macam Tarzan. Skeptikal sangat kan. And expect Jane. Hahahaha haa ada ke takda Jane? Pergi tengok sendiri.

Movie technology dalam movie ni power. Seronok tengok industri movie kita semakin berkembang. It is really a new level dan terpaksa jujur first 15 minit,  kami menguap. Taktau lah sebab tak faham, or perjalanan cerita lambat or kami memang dah penat. Sampai part lawan lawan baru segar mata. Fuhhh tengok six packs Zul Ariffin. Okay gurau. Tengok cara dia lawan lah. Berdesup desup. Kuat betul macam badang.

Hero pakai topeng and daripada mula memang nak tengok sangat muka Tombiruo! Dah lah memang jenis curious semua benda nak tahu. Dapat ke tak dapat tengok mukanya? Korang tengoklah sendiri.

Watak antogonis predictable jugaklah tapi satu watak je macam tak kena. Watak si isteri Amiruddin. Annoying dan tak rasa yang watak watak sampingan selain Farid Kamil, Nabila Huda dan Faizal Hussein memberi impak sangat. Memang ada yang nampak awkward. Daripada mata aku lah.

Walaubagaimanapun, kualiti filem terbaik dengan filem adaptasi novel Ramlee Awang Mursyid. Jarang gila baca novel mistik action ni. Asyik mengadap novel cinta je. Plot twist dia hebat! Terpegun tiba tiba. Rasa macam how come lah weiii. Hahaha

Rating movie ni I bagi 8/10. Nak bagi 6 tapi bagi lebih satu untuk six packs Zul Ariffin. Hahaha okay gurau lagi sekali. Dan selebihnya sebab baru tahu Tombiruo ni ada sekuel. Patutlah macam tak puas je. Tulah tak baca novel dia lagi. So looking forward for next!

Amaran, don't take my rating seriously sebab memang serius tak pandai dan ini hanya rating daripada mata seorang insan biasa yang sekadar mahu meluangkan masa dengan keluarga dan orang yang tak baca langsung novel Ramlee Awang Mursyid. 

Majulah industri perfileman untuk negara!
Adios!

No comments:

Post a Comment