Friday, 20 October 2017

Movie Review : Bisik Pada Langit

Setelah sekian lama plan dengan dorang ni, akhirnya tengok jugak movie ni without Athirah. Banyak gila feedback tengok cerita ni mesti nangis sedu sedan sebab ni movie about family. Tanggungjawab seorang ayah kepada anak perempuannya dan so on. So lepas balik keje terus fetch Azimah dan pergi Aeon Taiping. TGV je tayang movie tu sekarang. Tunggu Farahin dulu sambil makan makan snack. Malan sotong goreng Aeon! Nyummmm!
So sebelum masuk cinema, beli tisu dulu sebab ramai suruh standby tisu. Beli kot dalam Aeon tu haa. Gigih beli satu plastik RM2.45 sen. Haaa amik sorang lima!
Apa yang aku boleh cakap pasal movie ni, cerita dia simple. Takdelah plot plot sakit otak. Kalau sakit otak pun sebab perangai si Siti Hajar tu. Annoying betul lah. Memang lah dia rapat dengan ayah dia sampai semua benda pun ayah dia control. Memang patutlah ayah control tapi aku terus teringat satu pepatah Inggeris 'Strict parent makes a good liar'. Tapi takdelah dia jahat sangat ke apa. Cuma dia rebel. Dia nak apa yang dia nak. Begging kat ayah dia nak study oversea. Teringin katanya dan nak meningkatkan kualiti hidup keluarga. Tapi family sendiri susah. Atap rumah bocor dan abang berhenti belajar. Adik belajar rajin rajin pun ayah tak nampak. Eh nampak sangat lah pilih kasih kat situ. Geram betul!
Kualiti filem memang best. Filem Khabir Bhatia kot. Plot twist tak banyak sangat. Twist kat dia mati ke tak mati je lah. Attitude ayah dia memang typical malay man sungguh. Ego tinggi betul.
Aku bagi 6/10 je. Tisu yang beli dekat Aeon tu pun aku tak pakai pun. Pakai tisu yang popcorn TGV jugak. Okaylah nak proceed review lain pulak. Byeeee
Okay belanja gambar acah sedih satu.


Saturday, 14 October 2017

Movie Review : Tombiruo

Hi Dearies,

You got to believe that this is my very first time reviewing a movie! Sebenarnya tak reti sangat pun so don't expect ayat jargon movie critics.

Kalini mak ikut pegi tengok wayang. Yeayy!!! Dah lama mak tak tengok wayang after a few years. Haaa last katanya Karate Kids. Okay berbalik kepada review.



Tombiruo Penunggu Rimba ni menarik sebab dia ada kisah hero lagenda. Ada sedikit mistik dan misteri nusantara. First impression tengok banner Tombiruo expect tengok cerita macam Tarzan. Skeptikal sangat kan. And expect Jane. Hahahaha haa ada ke takda Jane? Pergi tengok sendiri.

Movie technology dalam movie ni power. Seronok tengok industri movie kita semakin berkembang. It is really a new level dan terpaksa jujur first 15 minit,  kami menguap. Taktau lah sebab tak faham, or perjalanan cerita lambat or kami memang dah penat. Sampai part lawan lawan baru segar mata. Fuhhh tengok six packs Zul Ariffin. Okay gurau. Tengok cara dia lawan lah. Berdesup desup. Kuat betul macam badang.

Hero pakai topeng and daripada mula memang nak tengok sangat muka Tombiruo! Dah lah memang jenis curious semua benda nak tahu. Dapat ke tak dapat tengok mukanya? Korang tengoklah sendiri.

Watak antogonis predictable jugaklah tapi satu watak je macam tak kena. Watak si isteri Amiruddin. Annoying dan tak rasa yang watak watak sampingan selain Farid Kamil, Nabila Huda dan Faizal Hussein memberi impak sangat. Memang ada yang nampak awkward. Daripada mata aku lah.

Walaubagaimanapun, kualiti filem terbaik dengan filem adaptasi novel Ramlee Awang Mursyid. Jarang gila baca novel mistik action ni. Asyik mengadap novel cinta je. Plot twist dia hebat! Terpegun tiba tiba. Rasa macam how come lah weiii. Hahaha

Rating movie ni I bagi 8/10. Nak bagi 6 tapi bagi lebih satu untuk six packs Zul Ariffin. Hahaha okay gurau lagi sekali. Dan selebihnya sebab baru tahu Tombiruo ni ada sekuel. Patutlah macam tak puas je. Tulah tak baca novel dia lagi. So looking forward for next!

Amaran, don't take my rating seriously sebab memang serius tak pandai dan ini hanya rating daripada mata seorang insan biasa yang sekadar mahu meluangkan masa dengan keluarga dan orang yang tak baca langsung novel Ramlee Awang Mursyid. 

Majulah industri perfileman untuk negara!
Adios!

Wednesday, 11 October 2017

Nightmare is Over!

Hi dearies,

Today as expected, driving test! Ketaq taktau nak habaq. Pukul 8 dah sampai Sepakat. Mengantuk gila selalu keja masuk pukul 9. Daripada melangkah masuk dah positifkan diri sendiri. I selalu pujuk diri sendiri sebab kalau kita tak pujuk, siapa lagi? Haaa you pun tak pandai pujuk I tau.

So dah hilang nervous, pap! Sampai dekat tempat berkumpul tunggu giliran naik bukit. Alahai macam macam bunyi ada. I ni dah lah ambil manual. Nak imbangkan klac dan minyak masa nak gerak tu kan ada bunyi deruman tu. Terus rasa macam lupa RPK nak buat macam mana. Lupa kenalkan diri pulak tu.
Tapi teruskan je lah. Dah letak mindset, kalau gagal pun takpa asalkan dah buat sehabis baik. Bukit pass, pergi parking pass, otw nak pegi Z mati enjin. Phewww okay relaks. Masuk Z lepas tu S. Okay dah lepas.

 Next, ujian jalanraya. Semua prefer F sebab senang tapi I prefer C (jalan susah). Taktau kenapa. Jalan C ni ada 5 traffic light. Jalan sempit dan kereta lain asyik himpit himpit nak masuk line. Taknak tolerate pulak tu. So I yang tolerate. Baik kan? And ada satu abang JPJ ni strict gila. Dah dua orang dia gagalkan hanya disebabkan satu signal. Memang kesalahan mandatori tak bagi signal. Kami panggil abang botak. Hee scary. Duk doa lah tak dapat dia. Kalau dapat pun relaks sudahlah. Dia pun manusia jugak.

Btw, I dapat Pak Cik JPJ dengar radio Klasik FM. Dia pun sampai tertidur weh. Punya syahdu mendayu dayu lagu klasik. Then memang dapat Jalan C lah. Bersepah manusia keluar lunch lah. Shopping deepavalli lah. Sabar je lah. Pak Cik tu relaks je. I pun bawa slow slow bagi dia selesa. Kang meloncat pulak pakcik tu tengah tido. Mati enjin sekali dekat simpang nak keluar from Taman Tasik, berbukit sikit pulak. Dah kena pakai teknik bukit. Nasib baik lepas. Then teruskan perjalanan je sampai Sepakat balik.

Perghhhh lega gila! Terus cakap terima kasih dekat pakcik tu. Then bagi borang yang dia isi dekat pegawai bertugas. Sign borang apa semua. Thumb print dalam pukul 12.35 selesai. Happy sangat tapi nak buat surprise dekat mak. So daripada atas moto training buat muka sedih. Hahaha

Hah! Boleh pulak moto I merajuk. Bunyi dah lain macam. Kena pujuk lah cerita dia. Asyik pujuk orang je harini. Pastu baru okay. Dah sampai rumah, bagi salam macam biasa. Sampai dapur mak terus tanya haa macam mana. I buat muka sedih then cakap lulus! Hahaha drama sangat mak jemah.

Teringat pulak dekat makcik yang ambil test sekali tadi. Dia ambil auto tapi fail dekat track. Lepastu terus down, I lah duk memujuk cakap dia boleh lepas jalanraya so nanti repeat track ja. Muka dia serius muka hilang harapan. Alhamdulillah dia lepas buat test jalanraya. Happyy bila orang lain pun happyy.

So nightmare is over. Tak payah risau apa apa dah. Risau hal ptptn je sekarang. Sebab nak beli kereta sendiri kalau boleh. Taknak pakai duit mak ayah.
So nanti tengoklah macam mana. Banyak sangat dah membebel ni. Esok esok pulak eh?

Adios!

Tuesday, 10 October 2017

Super Nervous!

Hi dearies,

Harini sumpah penat sangat sebab after work terus berkejaran ke Sekolah Memandu Sepakat. Ye, I baru ambil lesen kereta. Actually untuk kali yang kedua tapi pakcik cikgu tu tak tahu. Hahaha kalau dia tahu sure dia macam perli 'dah belajar dulu takkan yang ni pun tak tahu'. Percayalah ayat tu mesti ada. So malas nak drama, kita pretend je tak pernah ambil lesen kereta langsung.

Memang macam tak pernah bawak kereta pun. Banyak betul syarat sekarang ni. Cek fizikal kereta, lampu amaran segala. They call RPK dan RSM. Benda ni jenuh hafal sebab tak tahu benda pasal kereta. Harini dah last class before JPJ test. Semua macam dah okay cuma takut gabra terlebih pastu adalah kes lupa tekan klac, lepas klac laju, lupa bagi signal, dan lain lain. Neves lah.

Decide not to pressure diri sendiri tapi have fun. Kalau lulus, luluslah. Kalau tak lulus, ambil lagi. Harap harap lulus dengan jayanya *fingercross. Actually malas nak fikir pasal benda ni dah. Banyak benda lagi nak fikir. Tengok dekat board I sesi kedua esok tapi still kena pergi awal. Incase memang kena daftar awal. Kalau lambat boleh pergi ofis dulu setelkan apa yang patut. Mentang mentang ofis dekat dengan driving school.

Okay penat sangat dah ni. Esok kena bangun awal. Esok I update what happen on JPJ test.

Adios!

Monday, 9 October 2017

A new fresh start.

Hi dearies,

Lama dah tak sentuh blog. Long time since after diploma. Harini tetiba rasa nak wujudkan balik budaya blog ni since rindu nak share benda benda baru dengan orang lain.

Especially pasal travel, lifestyle and food. Nak kata travel merata rata tu taklah sebab kerja. Sabtu Ahad pun kerja. Bila dalam hospitality line begitulah. Tapi boleh share pengalaman dan tips yang malas malas macam iolss ni. I ni pulak banyak makan. Bila nak kurus ntah asyik malas green tea detox. Tehee

So lets check it out what in my blog next. See ya!
Harap blog kali ini lebih bermakna dan memberi manfaat kepada orang lain. Blog lama sumpah hancur dan memalukan. Eh takpe. Move on je.

Brighter future bak kata TNB. Okay Adios.