Wednesday, 21 November 2018

Penang Shortgetaway with Imah - Day 1

Hi All,

How do you do? I really hope that everyone is fine. Hee
I just come back from my short vacay with Imah. We planned this vacay quite rush actually. 

At first, plan nak pergi satu malam je on Sabtu. Then kitorang dua dapat cuti on Jumaat jugak. Tapi bilik dah book one night dekat Tanjung Bungah. Hahaha then we decide to stay at two different concept of hotel. One in the city and one by the beach. I didn't regret this at all! Sumpah best gila! 

We start off our journey around 10 am with Bismillahirahmanirrahim. 

Aku breakfast dekat rumah je. Still concern dengan my body metabolisme. Kena makan breakfast! Imah teringin sangat nak makan Kapitan so we decide to stop by Perda sebelum ke Georgetown. Near to Kapitan ada satu kedai roti sedap gila named Nash Bistro. Tolonglah try Puding Roti dia. Tolonggg. Sedap gila I don't know how to explain!


Jemput tengok dan tolong beli nanti! You won't regret a second. 

After that for sure we go for Restoran Kapitan Perda! Imah nak makan Nasi Briyani and aku craving nak makan Naan with Chicken Tikka Masala. Ya rabbi! Sedapppp.



Tak reti lah nak describe macam mana. Imah pilih Nasi Briyani Kapitan Milani tapi Imah tak suka sangat. Aku je suka. Hahahaha aku semua makanan pun suka! 
Dah makan kenyang so mari kita proceed ke Georgetown and check in! Naik jambatan pertama je senang. Nanti balik baru kita naik feri.


Then taraaaa setelah duk pusing cari parking dekat Jalan Rangoon. Jenuh jugak ahh berebut parking walaupun dia ada tempat parking di Jalan Selamat. Jalan sebelah je pun. Kena bayar parking RM3. Cakap guest hotel pun tak jalan. Kena bayar jugak. Ish.


Ohh yaaa ramai gila whatsapp and dm tanya dekat mana kitorang stay. I don't normally share tempat aku stay bila aku still ada dekat sana plus girls travel kannn so agak bahaya. So di Georgetown kitorang stay dekat Link Hotel. Ya memang hotel bajet tapi servis bagus. Staff very polite and helpful. Greet well and senyum je. Dia offer aku hair dryer je and aku request iron and iron board sekali. Hee tudung tak iron lagi hoi.


Entrance of Link Hotel.

The reception.


We got welcome drinks. Emm the taste is very plain calamansi drinks. Good for me! Hahaha especially after my Chicken Tikka Masala.
Let's check it our tiny miny but very comfort room! For room, semua I booked and paid by Agoda je tau. Semua online je senang.


Very comfort queen bed.


Don't worry toilet tu takdelah transparent sampai nampak apa kau buat dalam tu. Hahahaha aku campak je doh beg aku sebab excited nak ambil gambar. Excuse my bag please. 

After rest dalam 30 mins, then we go jalan jalan explore Georgetown. Drive to Chowrasta and park. Kena bayar RM5 sebab parking tepi jalan semua penuh. Huks apa apa je lah labuu. 

First, pergi cari Teo Chew Famous Cendol lah. Ramai gilaaa tapi takdelah sampai beratur. Service cepat tangan uncle tu macam robot. Teheee decide bungkus je sebab nak cari port ootd. Panjanggg lagi perjalanan. 




Google maps mode walking pergi cari Armenian Streets, nak cari ais kepal famous pulak. Lama gak ah jalan ada dalam 20 minit. Jumpa macam macam kedai and rasa macam still dekat Taiping. It feels very similar the cultural and heritage building.


Pass by Masjid Kapitan Keling. Kami tak masuk pun. Selfie depan masjid. Depan masjid banyak gelandangan. Kesiannya tengok. Sobs

Our Street Art Journey






Then jumpa dahh ais kepal kitee. Taraaaa



Slurpppp! We chose mango! Yumm quench thirst jugaklah after brisk walking tu. But yeahh we still need mineral water after that. Hahaha


Yeayyy dah habis meneroka jalan jalan Georgetown ni haaa. So balik rest dekat bilik. I need to mandi so bad. Dah berpeluh macam apa dah and nasib baik dapat parking depan hotel je. 

What for dinner? Ikan bakaqqqq lahhh. Kami takmau nasi kandaq dah lah. So siap call orang tanya kat mana. So dua dua our bestie cakap dekat Hammer Bay sedap. So let's go!




Ikan Siakap Bakaq, Tomyam Campuq, Kailan Ikan Masin. Okay ngam! Makan dua orang RM48. Em em. Nasib baik sedap so I don't mind to pay. Teheee

Then tak terus balik pun, pergi Padang Kota jap lepak lepak pergi 7Eleven beli greentea sebab dah rasa badan kena detox. So the end of Day 1. 


See you at Day 2. Adios! 


Wednesday, 14 November 2018

Skincare Review : Biore UV Aqua Rich Watery Essence

Hey dearies,



Lama jugaklah tertangguh review sunblock ni. Dah almost 3 bulan pakai this type of sunblock. Amazingly it works well on my skin! Very moisture and yang paling penting boleh jadikan dia make up base. Seorang anis nasuha paling malas make up so barang make up pun tak banyak. Haaa so easyyyy.

Hanya letakkan dua garis sunblock di jari telunjuk dan jari hantu. Nampak banyak kan? Actually bila letak macam ni baru dia boleh cover muka kita from UV rays tu. Sunblock ni SPF 50++. So yang ni pun cukup untuk cover masa kita berada di luar. Lupa pulak cara pengiraan SPF. Anyone who knows boleh drop dekat comment so semua orang boleh baca.

Kulit I dulu oily bila dah pakai ni kulit muka jadi normal pulak. Maybe cukup hydration kot. Then muka still ada glow. Malam bila keluar pun pakai sebab malam pun actually ada UV rays. So pakai je. Boleh jadi make up base jugak kan. Kalau macam I ni malas, lepas pakai sunblock then pakai baby powder. So bila dah malas ni jangan expect muka cantik sangat lah. Hahahaha korang kena rajin tau. Jangan jadi macam I.

So try je okay. This sunblock harga dia lebih kurang RM28.90 macam tu lah. Not bad kan. Boleh tahan sebulan lebih ikut cara penggunaan.

Thank you so much Biore Malaysia for this opportunity to review and the sample that you gave. This review is sincerely from my heart because I changed my sunblock after used the sample. Haaaaa that's why you should try it too okay? Do share your experience with your sunblock at the comment area and I am more than happy to reply. Sunblock is really important tau. Don't skip it! Tehee

  My face using 
Biore UV Aqua Rich Watery Essence Sunblock


Monday, 12 February 2018

Tiket KTM online lah pulak.

Instagram post @anysszailani

Masa aku post gambar ni dekat Instagram, aku tengah tunggu dekat tempat menunggu. So dah acah acah menunggu tak buat apa so post lah kekonon teaser ni haa. 

Nak dijadikan cerita, aku tak beli tiket balik masa aku dah sampai KL Sentral hari first tu. Maybe sebab aku excited nak jumpa Ana and taknak dia tunggu lama. Until lah esok tu aku nak balik Shiera tanya aku balik pukul berapa. Haaa gelabah biawak lah aku. Aku duk ingat nak suruh Esya belikan tapi dia tak jadi datang wedding Mira. Takde cara lain dah memang kena beli online. Aku mana pernah beli tiket online. Insecure. Kang double booking ke apa mati aku. Tapi dah terpaksa beli jugaklah. Nak beli tiket online kena ada apps KTMB MOB TICKET. So download je dekat apps store dan sign up apa semua. Ikut je step by step. Senang kacang mak lodeh. Korang sure boleh buat until pilih seat. Masa tu ada lebih kurang 40 seat lagi pukul 8.55pm. Hentam sajalah labuu. Aku dah lega dah. Main pilih je seat ikut favourite number. Ntah apa apa perangai. Tengok tengok dapat seat lawan arus. Padan muka. Dia akan hantar confirmation kat email kite so jangan risau. Kita ada bukti gitteww.

Dah sampai KL sentral dalam pukul 8pm macam aku pergi NuSentral dulu cari Family Mart. Dalam directory takde. Ahhh sudahh. Aku pun google lah. Rupanya dekat Ground floor. Nak beli sofuto matcha (ice cream you scream) tu je pun. Nak beli oden dia still tengah masak plus aku tak cukup tangan and kejar masa nak ke train station. Then pergilah cari tempat menunggu stesen antarabandar tu haa. Ada lah abang dua orang duduk kat meja depan tempat menunggu tu. Aku pun pergi lah tunjuk email yang aku dapat from ktmb tu haa. Dia cakap kena print tiket. Ahhh sudahhh. Mana nak cari printer gila. Dia suruh pergi kaunter tiket balik and print. Aku pergi lah print. Nasib baik akak tu baik. Dia printkan and aku perasan atas meja kaunter tu tiket nak balik dah habis. Memang sold out! Phewww nasib baik lah aku beli online. Kalau beli walk in memang takde harapan aku nak balik. 

Aku pun pergilah tempat menunggu tu balik and beli kepci twister dulu. Kang lapar dalam train naya je. Tunggu punya tunggu then abang tu dah panggil macam tour guide suruh berkumpul dan bawak kitorang semua pergi platform. Train dah sampai! Yeayyy dan aku tengok banyak gila orang pegang kertas A4. Rupanya dorang print sendiri je. Takpayah pergi kaunter tu dan print. Save time! 

What an experience! Seronok sangat short getaway kalini. Stress hilang terus. Sedangkan pergi KL je pun. Travel is my life. As long as jumpa ramai orang and inspired. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan realise kita perlu berubah ke arah yang lebih baik. Do what you want as long it is good for you! Chaiyokk! 

Thank you my dear friends untuk trip kali ini. 
Ana Fadila Zulaika
Afnan Saufi
Hakimi Tajudin
Shahira Salleh
Afiq Jalil
Aini Nasir
Eh semualahhhhhhhhhh
Semoga Allah membalas segala jasa kalian dengan kebaikan ;)



Sunday, 11 February 2018

Cara untuk membuat skrol UiTM baru.

Susahnya cari masa nak update blog ni pun. Mood tu penting. Musim panas pulak tu sekarang. Okay proceed.

Haaa skrol diploma UiTM aku hilang. Ntah bila hilang pun aku tak perasan. Selalu duk photostat transkrip je. Bila nak pakai duit kwsp akaun no 2 bayar ptptn baru cuak. Dorang nak tengok skrol diploma. Ahh sudahhh. Bila dah cuak mula lah aku meng google tanya orang sana sini. Tapi maklumlah masalah orang bukan nak sama. Timeline pun berbeza. Harga yang dulu bukan harga yang sekarang. Hakimi konfiden je cakap dia bayar sepuluh hengget je skrol dia hilang. Senang hati aku sebab aku ada baca kena bayar seratus. Haaa yang mana yang betul. So aku decide terjah ke UiTM Shah Alam terus.

Gigih lah parking depan kolej seroja menapak naik tangga. Perghhhhh tangga tu nostalgia. Menguji stamina betul. Aku dahlah extra large. Memang nak suruh aku menjalani hidup sihat UiTM ni.

Aku pun menapak sampai jumpa pejabat pos dan naik tangga depan pejabat pos tu. Jumpa ofis untuk claim skrol. Mostly untuk orang tak pergi konvo. Masuk je amik nombor, tunggu sekejap and nombor aku dipanggil. Ana and afnan tunggu luar. Aku pun sopan je lah masuk since buat salah kan. Makcik tu pun macam biasalah ayat sama macam afnan. Nasib baik semua nya melekat, kalau tak sure hilang jugak. Hahahaha anis is so clumsy tau. Kena control sikit since makcik tu dah warning ni last aku boleh buat skrol baru. Lepas ni dah tak boleh.

Dia suruh aku amik borang merah tepi tu. Isi, bayar SERATUS RINGGIT MALAYSIA dekat pejabat bendahari, cop pesuruhjaya sumpah. Dah pulakkkkk. Celah mana nak cari then pakcik bendahari tu cakap dekat PKNS tingkat dua. Kami pun pegi lah dengan sesat nak parking tak tahu kat mana. Maklumlah sebelum ni naik bas je. Tanya orang jugaklah mana ofisnya. Afnan cakap lima puluh hengget pulak nak bayar pesuruhjaya sumpah. Aku pun dah menyumpah dalam hati. Bapak mahal! Tapi nak buat macam mana. Sampai je pejabat tu, dah tulis tak boleh isi borang dalam pejabat tu. So aku pun isi kat luar then makcik tu suruh masuk. Dia cop apa semua. Dia cakap kena bayar EMPAT RINGGIT MALAYSIA je. Selamat duit nak makan Wong Solo akuuu. Phewwwww duit denda hilang skrol je nangis. Hampehh punya Hakimi harga zaman bila dia bagi aku.

Lepastu pergi balik UiTM. Kalini parking dekat area dewan sri budiman tu. Tak kuasa dah nak panjat tangga menjalani hidup sihat. Hantar borang tu dengan salinan IC semua then dia cakap dalam masa lima hari bekerja datang amik. Kena amik sendiri. Kalau nak orang amikkan, kena print borang wakilkan orang from website. Aku tak buat lagi pun. So just nak pesan, jaga barang anda baik baik sebab bukan semua benda melekat. Okaybai.

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah, Tingkat 2, PKNS

Pejabat Bendahari. Pakcik tu sangat helpful. 

Saturday, 27 January 2018

Movie Review : Maze Runnner Death Cure

Sekarang pukul 3.13 pagi. Aku tahu aku akan menyesal di esok hari sebab tak tidur lagi. I need a beauty sleep but yeahh baru balik tengok midnight movie then kudap kudap movie tak habis lagi. Aku beli sotong goreng aeon and sushi 30% off. Homaigodddd memang tak boleh tengok. Kena grab jugak. So tengah habiskan sambil taip. Tak bagus kan? Mana tak gemuk. Okay back to the story...

Tak plan pun sebenarnya nak tengok movie. Semua otak last minute buat decision since aku balik pukul 6 petang harini. Imah and Athirah pun balik Taiping. So apa lagi memang kena gather lah ceritanya.

Tak sabar nak tengok Maze Runner ni sebab aku tengok yang first and second. Serius best gilosss! All the action, humor, plot twist and Newt! Comelnya alahai. Sekuel yang ini pun katanya last sekuel dan death cure maksudnya jumpalah penawarnya. Apakan penawarnya? Haa pergi tengok sendiri. Aku suka watak Teresa tu sebenarnya walaupun dia pengkhianat dulu tapi dia sebenarnya ada reason and dia tahu dia ada kebolehan untuk mencari penawar.

Tapi surelah ramai yang menentang daku. Yelah orang dah bagi kepercayaan kat kau tapi kau musnahkan kepercayaan tu. Aku cintakan kau kot tapi kau buat aku macam ni. Ayat drama sangat anis nasuha ni. Thomas awesome like usual. Brenda and Thomas is a no no for me okay.

Sekuel kali ni zombie bersepah. Macam cliche sangat pulak zombie dalam gua tu. Tapi puaslah bila ada rescue menyelamat tu. Berkobar kobar rasa hati ini. Hahaha yang paling penting nak tahu Minho pergi mana? Apa jadi kat dia? Dia selamat ke tak? Dia hidup lagi ke? Banyak sangat benda jadi sampai aku rasa macam eh lamanya cerita sedangkan standard je 2 jam setengah. Tapi puas lah tengok. Semua dah reveal.

The best thing, kitorang tunggu sampai habis ending. Bukan ending cerita, ending tutup lampu habis semua sebab ingat ada lagi bloopers or sambungan cerita sikit ke. Ramai sangat yang stay kot! Rasa loser sangat bila tunggu je and lagu ending sangat annoying. Hahaha

Okay lah. Belanja muka muka yang tunggu cerita sampai panggung gelap tadi.


Gosh! Ya muka dah bulat. Tak jaga diet. Petang tadi pun sebat teh tarik lebihan guest tak minum. Tak baik membazir. Sobs tapi still cantik. Okbai. Jaga diri semua.